KELEBIHAN KOEDAR

>> Wednesday, October 28, 2009

Koperasi Pengedaran Produk Muslim Malaysia Bhd.

(KOEDAR)

KELEBIHAN KOEDAR

Kelebihan dan kekuatan KOEDAR tertakluk kepada beberapa faktor, antaranya :-

1. PENGEDARAN

KOEDAR adalah sebuah koperasi yang telah menjalinkan kerjasama dengan Kumpulan Syarikat Shamensi-Pak Aji yang memiliki rangkaian Pasaraya Pak Aji, Muslim Mini Halal Hab dan Pak Aji Halal Fresh Mart di sekitar Lembah Klang.Kelebihan yang dimiliki oleh Pasaraya Pak Aji kerana terkenal dengan peneraju Produk Halal Muslim disekitar Lembah Klang dan seluruh tanahair pada amnya.Dengan kredibeliti yang ada pada Pasaraya Pak Aji, ia meyakinkan KOEDAR dari segi pengedaran Produk Halal Muslim yang mempunyai pasaran yang besar.Begitu juga dengan Muslim Mini Halal Hab iaitu suatu pusat jualan mini produk-produk makanan halal yang ditempatkan di kawasan yang strategik. Dengan keupayaan sebegini, KOEDAR yakin dapat menyelesaikan masalah untuk mengedarkan produk halal muslim yang selama ini sukar untuk direalisasikan oleh perniaga muslim. Kumpulan Syarikat Shamensi-Pak Aji juga mempunyai matlamat dan plan jangka pendek serta jangka panjang.Antaranya, Kumpulan Syarikat Shamensi-Pak Aji merancang untuk membuka cawangan-cawangan baru di sekitar kawasan strategik di Lembah Klang dan akan meluaskan penguasaannya untuk mengedar Produk Halal Muslim keseluruh Malaysia.Dengan kerjasama yang dijalinkan bersama Kumpulan Syarikat Shamensi-Pak Aji, KOEDAR yakin akan menjadi nadi dan tulang belakang dalam merealisasikan cita-cita ini.

2. PEMASARAN

KOEDAR juga turut bekerjasama dengan Syarikat Shamensi Corporations Sdn Bhd. dalam menjayakan program promosi, karnival jualan mega dan karnival Jom Halal.Shamensi Corporations Sdn Bhd adalah salah satu daripada Kumpulan Syarikat Shamensi-Pak Aji. Penubuhan Syarikat Shamensi Corporations Sdn Bhd adalah untuk membekalkan perkhidmatan sokongan dan pemasaran yang lebih efisyen.Diantara perkhidmatan yang boleh diperolehi adalah seperti:-

a) Pemasaran : Pengiklanan Media Cetak dan Elektronik

Pengiklanan Internet/sms

Pengiklanan flyer,banner,bunting,papan tanda,katalog produk

muslim

Pengiklanan bergerak seperti di LRT,Komuter,bas dan teksi

b) Pengurusan Acara: Menganjurkan aktiviti Showcase dan promosi di tempat-tempat strategik yang menjadi tumpuan masyarakat.Diantara aktiviti yang sering dianjurkan adalah karnival jualan mega, karnival Jom Halal dan aktiviti pelancaran pembukaan rangkaian Pasaraya Pak Aji .

Daripada aktiviti ini, ia dapat memberi manfaat kepada KOEDAR untuk bekerjasama dan menyertai acara-acara yang dianjurkan bagi tujuan mempromosikan produk halal muslim.

Karnival Jom Halal adalah salah satu projek mega bagi Jabatan Pemasaran.Perancangan untuk menganjurkan Karnival Jom Halal secara besar-besaran di Perkarangan Stadium Shah Alam pada awal tahun 2010.Mereka telah merancang untuk bekerjasama dengan stesen TV terpilih bagi mengadakan Karnival Jom Halal ke serata bandar-bandar besar diseluruh tanahair dan juga diserata pelusok dunia.

c) Rekabentuk: Unit Rekabentuk dan Pencetakan dapat membantu mencipta

label dan pembungkus yang menarik,berdaya saing dan yang lebih penting adalah kos yang minima dan berpatutan.

d) Khidmat Latihan: Business Talk adalah khidmat latihan dan nasihat yang

dan Nasihat popular dimasa kini. Ahli KOEDAR dapat menimba ilmu perniagaan dengan menyertai program Business Talk yang disampaikan oleh Tuan Haji Hishamudin selaku JENERAL PERNIAGAAN bagi Kumpulan Syarikat Shamensi-Pak Aji.Kehebatan anugerah Allah kepadanya dalam ilmu perniagaan dan pengalaman berniaga adalah”HARTA” yang tidak ternilai yang perlu direbut oleh Ahli KOEDAR.Disamping itu juga Ahli dapat memanfaatkan peluang ini dalam memulakan ataupun mengembangkan perniagaan yang tersedia.

3. PENJIMATAN KOS PENGHANTARAN

Tugas mengedar,memasar dan menghantar produk akan dilakukan oleh KOEDAR. Pembekal hanya menghantar produk ke DISTRIBUTION CENTER(DC).Tanpa wujudnya DC, pembekal terpaksa mengeluarkan belanja besar dalam mendelegasikan produk mereka kepada peruncit-peruncit di setiap lokasi yang berbeza.Dengan wujudnya DC ,pembekal dapat menjimatkan masa, kos pengangkutan dan juga kos pentadbiran kerana pembekal hanya perlu menghantar ke DC sahaja. Disamping itu, DC juga menyediakan tempat penyimpanan produk basah dan kering.Penyediaan peti sejuk besar di DC dapat memastikan kesegaran produk basah.

4 .PERKONGSIAN KEUNTUNGAN DARIPADA PELABURAN

Hasil daripada perlaburan dengan KOEDAR, pembekal yang menjadi ahli akan mendapat keuntungan pelaburan mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Koperasi berlandaskan prinsip Islam.Kelebihan pembekal yang menjadi ahli KOEDAR akan mendapat keuntungan berganda daripada hasil jualan produk selaku pembekal dan keuntungan daripada saham yang dilaburkan.

5. HARGA BELIAN YANG KOMPETITIF

Harga belian yang kompetitif daripada KOEDAR dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak.Disamping itu, KOEDAR juga menawarkan pakej pembayaran yang munasabah dan terma yang fleksibel kepada pembekal bagi membantu ahli selaku pembekal dalam menguruskan kewangan mereka.

6. PRODUK HALAL MUSLIM

Diantara perkara yang TERPENTING sekali, pembekal perlu menyertai KOEDAR, kerana KOEDAR adalah peneraju dalam pengedaran PRODUK HALAL MUSLIM. Disamping mengaut keuntungan dari hasil perniagaan dan perlaburan bersama KOEDAR, kita juga menjadi penggalak kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya, mengutamakan produk yang dijamin HALAL.Keuntungan didunia direbuti dan keuntungan akhirat menjadi bekalan.

Read more...

JAWATAN KOSONG

>> Monday, October 19, 2009

JAWATAN KOSONG

Seorang WEB DESIGNER diperlukan
Berpengalaman atau Tanpa Pengalaman
FRESH GRADUTE dialu-alukan


Sila Hubungi

PASARAYA PAK AJI
No. 2 & 4, Jalan Jujur 3,
Bandar Tun Razak, 56000 Cheras
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-9172 4060 Fax:+603-9172 4107

Pertanyaan: Abdul Halim Othman
HP : 017 513 2208

Read more...

PELUANG MENJADI USAHAWAN MUSLIM HALAL

>> Sunday, October 18, 2009

SEKIRANYA ANDA INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARI KAMI:-
1.PENGEDAR
2.PEMBEKAL
3.PENGUSAHA MINI MUSLIM HALAL HUB
4.USAHAWAN PRODUK HALAL

Sila Hubungi

No. 2 & 4, Jalan Jujur 3,
Bandar Tun Razak, 56000 Cheras
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-9172 4060 Fax:+603-9172 4107

Pertanyaan: Abdul Halim Othman
HP : 017 513 2208
Email : koedarmuslim@gmail.com
Blog : koedar.blogspot.com
http://koedar.blogspot.com/

Read more...

KENAPA KITA PERLU KEPADA MAKANAN HALAL

>> Thursday, October 15, 2009

KENAPA KITA PERLU KEPADA MAKANAN HALAL

KENAPA KITA PERLU KEPADA MAKANAN HALAL??
Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.


Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.

Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut.

MAKANAN HALAL DAN PENSYARIATANNYA.
Umat Islam perlu kepada makanan yang halal. Halal bermaksud penggunaan sesuatu makanan atau barangan yang tidak mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti khinzir, anjing, arak dan sebagainya.

Ia juga mestilah diperoleh daripada sumber rezeki yang halal. Makanan yang halal mestilah baik daripada segala segi kerana sifat bagi sesuatu yang halal itu adalah baik.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;

Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168). Bagi menghuraikan maksud halalan toyyiba dalam ayat di atas, Jalaluddin Muhammad dalam Kitab Tafsir al-Jalalain, menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi samada bahan campurannya, bersih dalam proses penyediaan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.

Selain itu, pensyariatan pemilihan makanan yang halal juga adalah jelas di nyatakan oleh Allah SWT. Terdapat banyak dalil yang menyebut berkaitan dengan hal ini, antaranya ialah:
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Surah al-Maidah, 5:87-88).

FALSAFAH PEMAKANAN ISLAM
Islam merupakan agama yang syumul (menyeluruh). Ia mengajar umatnya dalam segala aspek kehidupan samada di dunia mahupun di akhirat. Dalam hal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa etika yang perlu di amalkan oleh umat manusia seperti berikut:

Makan Apabila Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang”
(Hadith Riwayat Abu Dawud).

Memilih Makanan Yang Halal Lagi Baik Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah.

Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin"
(Hadith Riwayat Hakim).

Membaca Bismillah, Ambil Dengan Tangan Kanan & Makanan Yang Terdekat Sabda Rasulullah SAW: “ Bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat”
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Menghormati Orang Lain Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu".

Tidak Membazir Firman Allah SWT yang bermaksud: " Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan" (Surah al-A'raaf, 7:31). Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan di pastikan ianya adalah halal.

KENAPA MAKANAN YANG HALAL?
Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana berikut:

Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?”
(Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).

Selamat Daripada Seksaan Api Neraka Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"
(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

Amal Ibadat Diterima Oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga"
(Hadith Riwayat Muslim).

Membentuk Darah Daging Yang Baik Dalam Badan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati"
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini. Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan di makan itu adalah halal menurut syariat Allah SWT. Sesungguhnya suruhan Allah SWT ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.

Read more...

KOPERASI PENGEDARAN PRODUK MUSLIM MALAYSIA BERHAD (Koedar)

>> Wednesday, October 14, 2009




KoEdar adalah koperasi subsektor di bawah
KoKuat yang fokus kepada pengumpulan dan
pengedaran produk koperasi / usahawan muslim.

Ditubuhkan pada 10 Jun 2008.KOEDAR diluluskan
dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
No.Pendaftaran W-6-0443
Pengerusi : Tuan Haji Hishamuddin Bin Mohamad

KOEDAR bekerjasama dengan PASARAYA PAK AJI yang dimiliki
oleh Tuan Haji Hishamuddin Bin Mohamad bagi mewujudkan
pelbagai startegi kerjasama di antara program "MUSLIM MINI
HALAL HUB" (MMHH).

VISI
Mewujudkan satu gabungan pengeluar dan pengedar produk muslim
yang mempunyai sistem pengurusan, pemasaran dan pengedaran yang
strategik dan berjaya menembusi pasaran sehingga memberikan
keuntungan kepada ummah secara keseluruhan.

MISI
Mewujudkan satu strategi permasaran bersepadu yang efektif,
efisyen dan ekonomikal dengan kaedah rangkaian ‘Mini Halal Hub’.

Mewujudkan satu sistem pengedaran bersepadu yang efektif,
efisyen dan ekonomikal.


KOPERASI PENGEDARAN PRODUK MUSLIM
MALAYSIA BHD


No. 2 & 4, Jalan Jujur 3,
Bandar Tun Razak, 56000 Cheras
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-9172 4060 Fax:+603-9172 4107

Pertanyaan: Abdul Halim Othman
HP : 017 513 2208
Email : koedarmuslim@gmail.com
Blog : koedar.blogspot.com

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP